Peminat komik manga pasti sangat mengenali watak Saitama, wira terkual dalam manga One Punch Man. Buat anda yang tidak pernah membaca komik ini, ianya mengisahkan seorang wira yang ingin menjadi wira terkuat di dunia dan mencari musuh paling kuat yang boleh dikalahkan oleh beliau.

Setakat ini, setiap musuh yang berdepan dengannya dikalahkan dengan satu tumbukan sahaja. Jika anda tiada masa untuk membaca manga One Punch Man, anda boleh menonton anime One Punch Man di Netflix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau menjadi kuat dengan latihan yang dibuatnya setiap hari. Latihannya sebenarnya sangat mudah dan boleh dibuat oleh semua orang; 100 tekan tubi, 100 sit-ups, 100 squats dan lari 10km setiap hari tanpa gagal.

Saitama Workout

Sebenarnya sudah ramai yang mencuba latihan Saitama ini di dunia sebenar dan baru-baru ini, seorang lelaki dari Singapura, Sean Seah menyahut cabaran latihan One Punch Man ini.

Dalam video ini, beliau membahagikan perjalanan latihan beliau kepada beberapa level. Sebagai permulaan, beliau bermula dengan level 5 dan pada minggu terakhir barulah beliau membuat latihan penuh One Punch Man ini.

Perubahan yang berlaku kepada fizikal Sean sangat menakjubkan. Badan beliau menjadi lebih lean dan rip tanpa perlu ke gym. Selain latihan ini, Sean cuma mengurangkan pengambilan 3 makanan ini dalam diet harian beliau; makanan berminyak, gula dan karbohidrat.

Video ini telah dikongsikan lebih 12,000 kali di Facebook. Sean menunjukkan latihan One Punch Man ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan anda boleh ikut cara Sean dengan bermula dengan level yang rendah dahulu sebagai permulaan. Buat yang berminat, anda boleh join kumpulan latihan One Punch Man di sini. Selamat mencuba!