Tsunami setinggi 2 meter yang membadai Palu, Indonesia Jumaat lalu nyata membuat kemusnahan kepada bandar di Sulawesi ini. Tsunami ini terhasil daripada gempa bumi berukuran 7.5-magnitude yang terjadi pada hari yang sama. Walaupun amaran tsunami sudah dikeluarkan, namun ianya tidak cukup cepat untuk sampai ke pengetahuan penduduk di Palu.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Ini bukanlah kali pertama gempa bumi menggegarkan Indonesia. Julai lalu, Lombok menerima nasib yang sama apabila menerima gegaran 6.4-magnitude menyebabkan ramai yangperlu membatalkan percutian mereka.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang pengguna Twitter dengan nama Sir Zayn berkongsikan peta kejadian taufan dan gempa bumi yang berlaku di Asia Tenggara sejak 25 tahun yang lalu.

Penduduk di Malaysia perlu berasa sangat bersyukur kerana kita cuma diuji dengan kejadian ribut hanya beberapa kali sahaja sepanjang tempoh ini. Itu pun bukan ribut taufan yang berskala besar seperti yang berlaku di Jepun pada ketika ini.

Antara sebab kita tidak menerima sebarang gempa adalah kerana Malaysia ‘terlepas’ daripada kedudukan plat teknonik di bawah laut yang sentiasa bergerak. Plat berkenaan sentiasa bergerak dan akibat pergerakan ini, gempa bumi akan berlaku dan perkara berkenaan adalah sesuatu yang di luar kawalan manusia.

plat bumi

Seperti yang ditulis oleh Greater Coucal, kita tidak boleh menarik nafas lega kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Ini adalah penerangan daripada sudut sains secara kasar dan tidak pergi terlalu mendalam.

Tidak perlulah kita menuduh sesuatu tempat apabila ditimpa bencana, ianya disebabkan bercambahnya perlakuan tidak bermoral di tempat tersebut. Sebagai rakyat Malaysia apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa bersyukur dan bersedia untuk sebarang bencana yang mungkin berlaku.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group