Melihat kepada nama modelnya sahaja pastinya peminat automotif boleh menganggarkan betapa lamanya model retro ini. Pada kali ini Porsche 356 RSR yang mula diperkenalkan sekitar enam dekad lalu diberi sentuhan istimewa oleh Emory Motorsports.

Apa yang menarik mengenai ubah suai yang dilakukan adalah Emory Motorsports berjaya mengadunkan jentera yang berusia enam dekad ini dengan enjin model Porsche 964 C2 yang diperkenalkan pada tahun 1990.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, Emory Motorsports turut menyertakan beberapa aksesori dan kelengkapan performance bagi meningkatkan lagi keupayaan model retro ini. Hasilnya, Prosche 356 RSR ini berjaya menawarkan 400 kuasa kuda. Tidak hanya menawarkan ubah suai dari segi prestasi, model ini turut diberi kemasan warna matte black pada model ini sekaligus membangkitkan lagi aura Porsche 356 RSR ini.

https___hypebeast.com_image_2019_06_emory-motorsports-outlaw-porsche-356-rsr-003

https___hypebeast.com_image_2019_06_emory-motorsports-outlaw-porsche-356-rsr-002

https___hypebeast.com_image_2019_06_emory-motorsports-outlaw-porsche-356-rsr-003-2

https___hypebeast.com_image_2019_06_emory-motorsports-outlaw-porsche-356-rsr-004

https___hypebeast.com_image_2019_06_emory-motorsports-outlaw-porsche-356-rsr-009