Banyak sebenarnya kes ‘berat’ yang perlu diselesaikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setiap hari terutamanya kes melibatkan pinjaman duit daripada ceti haram atau Ahlong. PPIM menerusi laman YouTube turut berkongsikan beberapa kes yang mereka sedang tangani sebagai salah satu cara untuk menyedarkan orang ramai tentang bahayanya meminjam daripada Ahlong ini.

Dalam video yang dikongsikan oleh mereka semalam, mereka menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa beliau dianiaya oleh teman lelakinya sendiri sehinggakan beliau terpaksa meminjam Ahlong bagi menanggung teman lelakinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Serbuan Unit Banteras Ceti Haram PPIM ke kediaman mangsa merungkai segala cerita. Gadis berkenaan juga didapati bersekedudukan dengan teman lelakinya sekian lama. Lelaki berkenaan tidak bekerja, hanya menabur janji manis sehingga si wanita rela berhabis wang demi cinta yang tidak pasti.

PPIM juga menasihatkan orang ramai yang terjerat dengan Ahlong supaya mendapatkan bantuan mereka jika perlu. Anda boleh menghubungi menerusi laman rasmi mereka di sini. Nasihat kami, jauhilah Ahlong. Merana terduduk anda nanti.