Seperti yang ramai daripada anda sedia maklum, hari ini bersempena Singles’ Day, pelbagai laman jualan sama ada atas talian, butik mahupun restoran telah mengadakan promosi istimewa.

Rangkaian Apple iaitu Machines juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengadakan promosi istimewa. Antara barangan yang ditawarkan secara promosi adalah iPhone, iMac, Macbook serta beberapa aksesori Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Machines
Sumber: Machines
Machines promo 11.11
Sumber: Machines

Promosi yang menarik perhatian kami sudah pastinya penawaran iPhone XS 256GB dengan diskaun sebanyak RM1,000 serta Apple Macbook 12” with Retina Display dengan diskaun sebanyak RM2,066.

Promosi ini berlangsung bermula 11 November jam 11 pagi sehingga 17 November. Promosi ini hanya ditawarkan secara atas talian sementara stok masih ada. Buat anda yang sudah lama berhajat untuk mendapatkan iPhone, Macbook atau iMac mungkin ini masa terbaik untuk anda boleh mendapatkannya. Klik di sini untuk mendapatkannya.

Kami kongsikan kepada anda lima telefon pintar berbaloi untuk anda dapatkan sempena jualan 11.11 di Lazada. Turut dikongsikan, Apple SE2 mungkin dijual dengan harga tidak sampai RM2,000.

5 Telefon Pintar Berbaloi Dimiliki Sempena Jualan 11.11 Lazada

Apple iPhone SE2 Mungkin Dijual Dengan Harga Tidak Sampai RM2,000

 

Sumber