Sejak beberapa bulan lalu, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan demi pendedahan oleh pihak berkuasa mengenai aktiviti penipuan atau scam yang terjadi di negara kita.

Dari Love Scam, Macau Scam dan bermacam-macam lagi sindiket penipuan yang melibatkan kerugian berjuta ringgit telah direkodkan di Malaysia. Tetapi sehingga kini, rakyat Malaysia masih belum peka dengan situasi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada keadaan ini, kita pasti tertanya-tanya bagaimana agaknya para ‘scammer’ bekerja? Atau bagaimanakah data peribadi kita dicuri sehingga menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Melalui satu perkongsian video berdurasi selama 1 minit yang dibuat oleh laman Facebook AITI Brunei, satu syarikat telekomunikasi yang bertapak di Brunei, mereka berkongsi bagaimana cara scammer mencuri data peribadi kita.

Dari minit pertama sehinggalah minit terakhir, kecurian data boleh terjadi hanya melalui perkongsian gambar dan status yang dimuat naik di laman media sosial kita.

Walaupun perkongsian tersebut dilihat kecil dan tidak memberi impak yang besar, namun sekecil-kecil maklumat yang diperlukan oleh para scammer mampu untuk menyebabkan kerugian melibatkan berjuta ringgit.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berhati-hati serta mempunyai satu mentaliti dimana ‘tidak semua perlu dikongsi di media sosial.’ Sikap ambil berat dan peka dengan sekeliling adalah kewajipan kita agar suatu hari nanti, kita tidak termasuk sebagai salah seorang mangsa.

Terdahulu, PDRM menyatakan bahawa Addy Kanna dan Leong Yeong tidak terlibat dengan Macau Scam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Tidak Tampil Bantu Siasatan Kes ‘Macau Scam’, Pelakon Lelaki Dan Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM