Khaled Hamad, seorang jurukamera warga Palestin, terbunuh di kejiranan Gaza di Shijaiyah pada Julai 2014. Pada tahun tersebut, lebih 60 rakyat Palestin dan 13 askar Israel terbunuh dalam pertempuran antara tentera Israel dan Hamas di Shijaiyah.

Baru-baru ini pula, tular rakaman video yang menyaksikan kematian Hamad bersama-sama dengan seorang petugas kesihatan. Video yang tular itu telah dikeluarkan untuk tontonan umum oleh agensi media Al Jazeera. Ia juga telah ditonton lebih 400,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi warga Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Committee To Protect Journalists (CPJ), semasa hari kejadian, Hamad sedang bekerja untuk sebuah dokumentari yang bakal diterbitkan oleh Continue Production Films (CPF). Dokumentari itu akan memfokuskan mengenai bahaya yang dihadapi pasukan medik Palestin sewaktu bekerja di tengah-tengah zon perang.

CPF melaporkan bahawa pada hari kejadian, Hamad ditugaskan untuk merakam cabaran yang dilalui oleh pasukan ambulans di Shijaiyah. Semasa beliau sedang merakam, kelihatan suasana ngeri kawasan sekeliling yang berkabus dan kabur dari pandangan mata. Semua ini adalah kesan daripada bedilan peluru berpandu. Semasa merakam, salah satu kenderaan yang dibawa pasukan medik Palestin terkena peluru yang dilepaskan oleh tentera Israel. Akibat daripada itu, Hamad dan Fouad Jaber, seorang doktor, terbunuh dalam serangan tersebut.

Laporan berita pada hari kejadian menyatakan bahawa keganasan yang berlaku di Shijaiyah begitu tragis dan jumlah korban menjadi begitu tinggi sehingga pasukan menyelamat tidak dapat mengangkut mereka yang tercedera. Gambar di media sosial pula menunjukkan Hamad terbaring kaku di katil hospital. Di badannya terlihat cantik sepasang jaket yang jelas bertanda ‘Press’ dan kameranya diletakkan di badannya.

Kematian Hamad mungkin masyur di seluruh dunia disebabkan rakaman terakhir yang berjaya dirakam olehnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Namun sejak konflik berlaku di Gaza, pelbagai sorotan cerita kematian wartawan sudah berkumandang di dada akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh CPJ, 18 wartawan sudah menemui ajal semasa bekerja di zon perang dan alasan yang dikeluarkan Israel masih tetap sama iaitu, “Kami tidak menyasarkan wartawan, tetapi wartawan meletakan diri mereka dalam kawasan berisiko.”

Pembunuhan wartawan dan petugas media adalah antara jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh kedua-dua puak Israel dan Palestin. Majlis Hak Asasi Manusia PBB sebelum ini juga telah menubuhkan satu suruhanjaya siasatan antarabangsa bagi menjawab persoalan sama ada jenayah perang berlaku di Gaza oleh kedua-dua pihak.

Simon Cowell tarik diri jadi juri X Factor Israel, ada kaitan dengan isu Gaza dan zionist? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel, Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?

Hujan Peluru Dari Gaza Belum Berhenti, Israel Mula Dilanda Perang Saudara Pula

Ebit Lew Umum Berjaya Jejak Kaki Ke Gaza Diiringi Kereta Berperisai Tentera Mesir