Menemui dan membaca review atau pun ulasan yang dibuat di laman-laman jualan atas talian ada ketikanya boleh menjadi satu aktiviti yang menghiburkan hari-hari kita.

Daripada pujian yang melampau kepada penjual kerana sangat berpuas hati dengan barangan dibeli sehinggalah kata-kata yang kurang enak kerana tidak berpuas hati dengan barang atau perkhidmatan yang diberikan.

Buat kebanyakan masanya, review yang kurang baik ini lah yang sering mencuri perhatian dan dikongsikan kembali di media-media sosial untuk dijadikan tatapan bersama para netizen.

Seperti ulasan-ulasan yang diberikan sekumpulan pembeli ini yang merasa tertipu selepas membeli iPhone ‘dummy’ yang berharga RM23. Ya, dummy yang membawa maksud palsu dan sering digunakan pemilik-pemilik kedai sebagai hiasan atau display kepada para pengunjung.

https://twitter.com/muhdnajib103/status/1330119141735456777?s=20

Walaupun iklan telefon berkenaan telah menyatakan dengan jelas ianya adalah dummy display dan not real phone (bukan telefon sebenar) dan berharga hanya RM23, namun masih ada yang berharap ianya adalah sebuah telefon yang boleh berfungsi.

Tidak cukup dengan memberitahu bahawa telefon berkenaan bukanlah sebuah telefon sebenar, penjual juga sudah memberitahu dalam penjelasan ianya adalah replika dan sesuai untuk dijadikan perhiasan atau paparan.

“Sesuai dijadikan display– mempunyai kedai membaiki telefon dan menjual pelbagai casing?

“Gunakan telefon palsu ini untuk mempamerkan casing yang dijual kepada pelanggan tanpa risau mereka membawa lari telefon anda,” tulis penjual.

Tidak pasti sama ada pembeli-pembeli yang berasa tertipu ini tidak sedar atau terlepas pandang semasa membuat pesanan namun ianya boleh membuatkan anda menggelengkan kepala bila membaca review yang diberikan mereka ini selepas menerima telefon dummy ini.

1 2 3 Capture

Walaupun sudah berulang kali memberitahu bahawa telefon berkenaan hanya untuk kegunaan sebagai hiasan dan display di kedai-kedai, namun penjual sekali lagi terpaksa menjelaskan kepada pembeli-pembeli yang berasa tertipu di ruangan komen ini untuk menyedarkan kembali mereka bahawa telefon yang dipesan dan diterima adalah dummy.

Sejujurnya, menjadi penjual dan terpaksa melayan kerenah pembeli seperti yang dikongsikan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan sahaja tidak faham dengan apa yang dijual dan dimaksudkan namun mereka turur memberi rating yang rendah.

ee
Penjelasan yang terpaksa diberikan penjual

Sekali pun terlepas pandang atau kurang faham dengan perkataan dummy dan not a real phone, setidaknya pembeli-pembeli ini sudah boleh menjangkakan bahawa telefon yang dijual ini bukanlah telefon sebenar jika melihatkan kepada harganya yang cuma RM23 berbanding telefon sebenar di dunia nyata yang boleh mencecah harga ratusan sehingga ribuan ringgit.

Baca juga perkongsian kami mengenai misteri siapakah Mr Hu yang selalu menghantar barangan dari luar negara kepada pembeli-pembeli di Malaysia melalui pautan di bawah.

‘Mr. Hu’ Nama Pengirim Barangan Dari China Ini Cetus Tanda Tanya Netizen

Router ‘Plash Speed 5’ Sudah Mula Ditawarkan Di Shopee

Iklan Guna Kata Kunci Berkait Judi Dan Burger Di Media Sosial Curi Perhatian Netizen

Sumber