Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam kehidupan setiap orang dan ibu bapa sentiasa ada dengan kita dalam susah dan senang. Pengorbanan ibu bapa tidak akan pernah kita mampu balas dan apa yang mampu kita lakukan adalah dengan sentiasa membuatkan mereka gembira.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @_MadreNana telah berkongsi di laman sosialnya di mana dia bersama adik-beradiknya dan termasuk ibunya telah membuat kejutan untuk ayahnya dengan menghadiahkan sepasang kasut Onitsuka Tiger.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/_MadreNana/status/1163039419416207360

Menurutnya, ayahnya teringin memiliki kasut tersebut sejak 2 tahun lepas dan sempena hari jadi ayahnya bakal tiba, maka mereka menghadiahkan kasut tersebut kepada ayahnya.

Dapat dilihat pada riak wajah ayahnya yang menangis kegembiraan dan terharu dengan pemberiaan mereka sekeluarga. Lebih mengharukan apabila mereka sekeluarga turut mengalirkan air mata dan memeluk ayah mereka insan yang boleh dikatakan hero dalam hidup mereka.

Walaupun seorang ayah itu kelihatan tegas pada luarannya tetapi hatinya sangat sensitif. Pastinya perkongsian ini membuka mata kita untuk sentiasa membahagiakan kedua ibu bapa kita.

Sumber