Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Zaha Hadid bukanlah nama yang asing dalam bidang arkitek seluruh dunia. Arkitek yang terkenal dengan gelaran ‘Queen of Curve’ ini merupakan wanita pertama yang menerima Pritzker Architecture Prize pada tahun 2004. Projek kediaman yang dikongsikan di sini telah diambil alih oleh rakan kongsinya, Patrik Schumacher selepas Zaha Hadid menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2016 akibat serangan jantung.

Projek kediaman persendirian yang dibuat khas untuk ahli perniagaan Rusia, Vladislav Doronin ini bertempat di sebuah hutan di Moscow. Rumah yang dikenali sebagai ‘Capital Hill Residence’ ini mempunyai 2 bahagian yang disokong dengan 3 tiang konkrit.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Bahagian yang paling cool dalam binaan rumah ini ialah ruang tinjau yang berketinggian 22 meter dari aras tanah kawasan rumah tersebut. Aras bawah rumah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti sauna, ruang hiburan, ruang fitness, bilik tamu dan kolam renang. Tonton video ini untuk melihat seni yang dihasilkan arkitek tersohor.

Anda Mungkin Suka