Jika anda melepasi pintu ini, bersedialah untuk diracuni kerana semua reka bentuk kasut terbaru bagi pertunjukkan fesyen tahun ini sedang giat diusahakan oleh Louis Vuitton.

Bagi Fabrizio Viti, ketua pengarah LV berkata bahawa apa yang anda lihat luar sana, semuanya bermula dari sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

collage

Kilang kasut Louis Vuitton terletak di bandar Fiesso d’Artico, pinggir jauh dari kota Venice. Bangunan konkrit ini, dirujuk sebagai ‘kotak kasut ajaib’ apabila dilihat biasa daripada luar tetapi mengandungi seribu satu rahsia dunia fesyen.

Di tengah-tengah ‘kotak’ ini, terdapat sebuah ruang yang membuka hamparan langit dan terletak cantik satu reka bentuk arca oleh Joana Vasconcelos.

collage

Dengan ukuran 46,000 kaki persegi, ia kelihatan seperti sebuah bunker dari luar tetapi hakikatnya adalah ruang melempiaskan idea.

Di pintu masuk, 16 lakaran Andy Warhol mengiringi jalan masuk. Lukisan oleh Pop Art artis juga dipamerkan di muzium yang di bina khusus untuk kasut dan arkib Louis Vuitton.

collage

Di dalam kotak ajaib ini terdapat ahli tukan yang membuat acuan 3D bagi reka bentuk terbaharu LV. Paling lama berada di sini adalah Gigi, dia telah berkhidmat selama 40 tahun dan menyertai LV dua tahun lalu.

collage

LV pernah mengeluarkan set jenga dengan harga yang tidak masuk akal. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Louis Vuitton Perkenalkan Set Jenga Berharga RM 12,396

Louis Vuitton Perkenalkan Koleksi Set Ping Pong Berharga RM9,244.43

Louis Vuitton Perkenalkan Koleksi Beg OLED Rekaan Nicolas Ghesquiere

Sumber