Tampil unik dan luar kebiasaan reka bentuk seperti kebanyakkan masjid-masjid di Malaysia, sebuah masjid yang baru siap dibina di Kampung Baru di Bentong, Pahang ini hadir dengan rekaan lebih moden yang menawan.

Sekali lihat seperti tidak percaya, masjid yang cantik ini sebenarnya di Malaysia dan semestinya lebih mengujakan sebab ia bertempat di Pahang. Kelihatan putih bersih dan minimalis, reka bentuk masjid moden ini merupakan sentuhan kumpulan arkitek tempatan iaitu RBDStudio dan DZJ.

Pembiayaan kos projek masjid ini adalah hasil gabungan kutipan kariah penduduk Kampung Baru Bentong serta sumbangan Kerajaan negeri dan agensi anak syarikat kerajaan negeri PKPP berjumlah keseluruhan dalam lingkungan RM2.4 juta.

masjid bentong 2

masjid bentong

Projek membina masjid ini mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Dua tahun adalah proses menyiapkan reka bentuk dan dua tahun lagi adalah untuk menyiapkan kerja-kerja binaan di tapak.

Tidak hanya untuk cantik dipandang, malah dijelaskan salah satu tujuan menerapkan rekaan moden pada masjid ini adalah bertujuan memikat generasi muda supaya lebih tertarik untuk ke masjid.

Pada kami, ia merupakan idea yang sangat kreatif apabila berjaya memanfaatkan sepenuhnya fungsi tujuan reka bentuk. Untuk pengetahuan anda, reka bentuk masjid yang melengkung ini sebenarnya diilhamkan daripada bentuk cengkerang siput laut. Menarik bukan?

Anda boleh lihat lebih jelas dan meneroka secara maya ke Masjid Kampung Baru Bentung, Pahang ini menerusi video oleh HartFilm di bawah:

Ini pula kecantikan Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos RM100 juta di Negeri Sembilan. Klik pada pautan di bawah.

Lihat Masjid RM100 Juta Sri Sendayan Seremban Yang Diambil Dengan iPhone 11 Pro

Persis Masjidil Haram, Masjid Razaleigh Bakal Jadi Tarikan Terbaru Negeri Kelantan

Masjid Sultan Singapura Sediakan Tempat Khas Buat Gelandangan Rehat Dan Tidur