Seringkali kita melihat bangunan lama dikekalkan senirekanya agar tampil dengan rekabentuk klasik. Namun bagaimana sekiranya bangunan yang sudah menjangkau 800 tahun ini diberikan sentuhan moden?

Firma seni bina tempatan yang bernama Colombo & Serboli ditugaskan mendekorasikan serta ‘memodenkan’ ruang pangsapuri ini. Bangunan yang dibina abad ke-13 yang terletak di daerah El Born di Barcelona ini dilengkapkan dengan tiga bilik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemiliknya, merupakan seorang wanita Itali muda yang bekerja di industri fesyen, telah memilih firma Seni Bina Colombo dan Serboli untuk mengubah reka bentuk rumahnya untuk memasukkan bilik penyimpanan tambahan, bilik mandi dan ruang tamu baru.

Berdasarkan idea daripada Colombo & Serboli, warna oren untuk ruangan dapur, biru untuk bahagian ruang tamu dan akhir sekali warna pastel di ruang bilik air antara yang dipadankan sekali agar dilihat lebih luas. Lihat gambar ini, mungkin rekaan moden ini mampu memberikan anda inspirasi untuk menghias rumah anda.

colombo-serboli-architecture-barcelona-apartment-2

colombo-serboli-architecture-barcelona-apartment-4

colombo-serboli-architecture-barcelona-apartment-1

colombo-serboli-architecture-barcelona-apartment-5