Sebelum ini, Apple bakal membawa sedikit kelainan menerusi perkongsian gambar dan rekaan rasmi kepada umum mengenai rekaan iPhone terbaru yang akan dihasilkan oleh mereka.

Rekaan terbaru yang dikongsikan itu telah menawarkan persediaan triple-kamera untuk kedua-dua model terbaru yang digelar sebagai iPhone XI dan iPhone XI Max.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

iPhone XI dan iPhone XI Max vckt

Walau bagaimanapun, iPhone masih lagi mengekalkan imej mereka dengan kelebihan yang sama pada paparan tepi di bahagian atas model tersebut. Ura-ura ini dikuatkan lagi dengan gambar tertiris rekaan kerangka iPhone menampilkan tiga kamera pada bahagian belakang.

Menariknya, kedua-dua model ini turut menawarkan pengesanan Face ID yang menggunakan pencahayaan inframerah dan projektor dot untuk mengesan wajah pemilik dalam bentuk 3D. Harga untuk seunit model ini masih belum diketahui namun ianya dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini.

Baca lagi: Ini Mungkin Rekaan Apple iPhone Terbaru Keluaran Tahun Ini

Anda Mungkin Suka