Jika anda pernah berkunjung di sekitar Putrajaya, sepsifiknya di kawasan Presint 2 pastinya anda pernah melihat sebuah bangunan unik yang berbentuk seperti berlian. Pasti anda menjangkakan bangunan dengan reka bentuk unik tersebut memakan sejumlah besar untuk pembiayaan utiliti bulanan.

Tetapi sebenarnya bangunan unik ini mempunyai ciri jimat tenaga yang amat memberansangkan. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai saudara Hadzrin Aqmal sempat berkongdi mengenai ciri-ciri jimat tenaga di bangunan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tweet yang dikongsikan dimulakan dengan rekaan bangunan tersebut yang menggunakan kaca sepenuhnya dan bagaimana rekaan ini boleh membantu penjimataan elektrik.

Lebih menarik lagi, terdapat panel solar di atas bumbung bangunan ini untuk menjana elektrik sekaligus dapat menjimatkan penggunaan elektrik berbanding bangunan lain.

Bagaimana pula dengan penggunaan penghawa dingin di ibu pejabat ini? Difahamkan penghawa dingin di pejabat ini menggunakan sistem penghawa dingin berpusat. Bukan itu sahaja, terdapat satu sistem istimewa yang menggunakan sistem tiub air yang didinginkan dan akan mengalir ke seluruh bangunan. Bijak bukan? Sistem ini juga boleh membantu mengurangkan heat loss.

Tweet diteruskan lagi dengan penerangan penjimatan dan penggunaan semula air yang dari sinki tandas. Bangunan ini turut menggunakan sistem tadahan air yang dipasang di bumbung bangunan. Sistem ini dikatakan mampu untuk menjimatkan sehingga 80% penggunaan air.

Jadi tidak hairanlah jika bangunan ini pernah diberi penghargaan Asian Energy Award dan Anugerah Platinum dari Index Bangunan Hijau Malaysia (GBI). Untuk keterangan lanjut mengenai bangunan ini, anda boleh layari laman web Suruhanjaya Tenaga.