Syarikat arkitek dari Jepun Kengo Kuma and Associates baru-baru ini telah bekerjasama dengan Starbuck buat kali pertama untuk menghasilkan kedai Starbucks yang menggunakan kontena. Projek artistik ini dikatakan telah dibuat di sebuah bandar di di Taiwan.

Hualien Bay Mall Starbucks terdiri daripada 29 kontena yang meliputi ruang seluas 3,444 kaki persegi beserta rekaan dua tingkat. Bagi menaikkan seri serta gaya moden minimalis, kontena ini telah dicat putih dan disertakan dengan penggunaan kaca yang lebar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan dalam Starbucks ini dihiasi dengan rekaan mural oleh Kego Kuma sendiri bermotifkan kehidupan kaum asal Taiwan iaitu Amis. Syarikat ini juga meletakkan pemandangan gunung yang berdekatan pada hasil seni kedai ini.

Anda boleh lihat kedai Starbuck yang cool dibawah. Kami harap Starbucks dapat membawakan rekaan yang bercirikan rumah tradisional Melayu pula di Malaysia.

kengo-kuma-starbucks-shipping-container-construction-002

kengo-kuma-starbucks-shipping-container-construction-003

kengo-kuma-starbucks-shipping-container-construction-004