Anda pasti pernah bercita-cita untuk melancong dengan kapal persiaran mewah bukan? Pelancongan menggunakan kapal persiaran bukanlah suatu aktiviti yang asing dan tidak hanya terhad kepada golongan elit.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Costa Cruise merupakan kapal persiaran laluan antarabangsa milik sebuah syarikat terbesar di Itali yang sudah menawarkan perkhidmatan ini sejak 70 tahun yang lalu. Kapal persiaran ini dilengkapi dengan kemudahan mewah seperti ruang dewan yang luas dan rangkaian pilihan kabin yang bersesuaian dengan bajet anda.

costa-Hall

Costa-Cabin

Jika anda pernah bercita-cita untuk bekerja dibawah syarikat asing yang menawarkan pendapatan yang lumayan tetapi bimbang tertipu dengan skim pekerjaan palsu, berita baik kerana impian anda mungkin bakal tercapai.

Kini peluang dibuka kepada golongan muda dan graduan untuk menjadi sebahagian daripada kakitangan di kapal persiaran Costa Cruise. Anda tidak perlu ragu-ragu kerana tawaran ini dibawakan kepada rakyat Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia Malaysia, dibantu oleh Agensi Pekerjaan Advance Advisory Sdn. Bhd sebagai agensi rasmi yang membantu merekrut pekerja untuk Costa Cruise.

Menurut pegawai yang mewakili Jabatan Sumber Manusia Malaysia, kadar pengangguran graduan dan generasi muda semakin meningkat hari demi hari berikutan dengan pendapatan rendah yang tidak setanding dengan kelayakan dan kenaikan kos sara hidup.

Berikut merupakan senarai peluang pekerjaan yang ditawarkan di Costa Cruise.
1. Pegawai Khidmat Pelanggan
2. Room Attendant
3. Pelayan/ Pelayan Bar
4. Housekeeping
5. Pekerja Dobi
6. Katerer
7. Chef/ Bakeri (Pastri/ Masakan Korea/ Masakan Cina/ Masakan Jepun)
8. Pelayan Kasino
9. Jurugambar
10. Lain-lain jawatan

Syarat kelayakan:
1. Boleh membaca dan bertutur dalam Bahasa Inggeris
2. Berusia 18 ke atas dan mempunyai tubuh badan sihat
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan dan restoran,
4. Atau Mempunyai kelayakan dalam bidang perhotelan/ pelancongan,
5. Atau Mempunyai kelayakan dalam bidang kulinari

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada kakitangan Costa Cruise, anda boleh memohon melalui borang ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group