Seorang jurugambar yang berasal dari Jepun inginkan sebuah rumah dengan hiasan dalaman minima serta membolehkan beliau bekerja dari rumah. Firma rekaan FORM/Kouichi Kimura Architects membantu untuk membina rumah idaman jurugambar ini.

Terletak di Shiga, Jepun rumah ini lengkap dengan studio dan galeri untuk tetamu yang datang melawat. Gabungan besi dan kayu pada hiasan dalaman rumah ini memberikan lagi sentuhan yang unik untuk rumah ini. Ruang yang luas dalam rumah ini tidak diisi dengan perabut supaya dapat digunakan untuk tujuan photoshoot.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

h9

h3

Perabot vintaj, alat muzik, lukisan dan gambar di tambah secara teratur supaya rumah ini tidak nampak kosong. Rekaan rumah ini juga sangat unik jika dilihat dari luar. Rumah ini rekaannya moden jika dibandingkan dengan rekaan rumah-rumah yang lain yang berada di kejiranan ini.

Nampak selesa dan tenang sahaja rumah ini. Anda boleh lihat rekaan rumah lain oleh FORM/Kouichi Kimura Architects di sini. Mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk hias rumah atau studio anda suatu hari nanti.

h2

h4

h5

h6

h8

h1

h10

BACA: 12 Dekorasi Ruang Kerja Yang Minimalis Untuk Inspirasi Anda