Sejak mula ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Honda Jazz dilihat berjaya menjadi antara model pilihan pengguna yang mahu mendapatkan kereta yang kompak dan selesa. Penawaran enjin yang bebas masalah serta menjimatkan minyak antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan.

Terbaharu, selepas beberapa tahun Honda Jazz generasi ketiga dipasarkan, Honda dijangka bakal melancarkan Honda Jazz generasi keempat untuk pasaran 2020 tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadir dengan saiz yang kompak, Honda Jazz generasi terbaru ini dijangka bakal memfokuskan kepada bahagian penumpang serta bakal memberi keselesaan yang lebih lagi buat para pemandu. Berikut merupakan pandang pertama Honda Jazz generasi terbaru. Adakah model ini menarik perhatian anda atau sebaliknya?

Blog-850×420-1-94
Sumber: otomotif tempo
2020-Honda-Jazz-Rendered-Rear
Sumber: indiacarnews

Setakat ini masih belum diketahui spesifikasi enjin yang bakal digunakan pada Honda Jazz generasi terbaru untuk pasaran Malaysia. Melihat kepada model sebelum ini, Honda Jazz di Malaysia seringkali ditawarkan dengan jenis hybrid dan petrol. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan Honda mungkin menyertakan enjin 1.0 turbo pada model ini.

Sama-sama kita nantikan sehingga 23 Oktober ini dimana Honda bakal melancarkan Honda Jazz keluaran 2020 di Tokyo Motor Show.

Selain Honda Jazz, tahukah anda Honda bakal turut melancarkan Honda City dengan enjin 1.0 turbo seawal tahun hadapan. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Honda City 2020 Dijangka Bakal Diperkenalkan Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Lihat Ulasan Honda Civic Daripada Perspektif Seorang Wanita

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Sumber