Akhir tahun lalu, timbul khabar angin bahawa Supreme akan berkolaborasi pula dengan satu lagi jenama mewah, Rolex pada tahun ini. Sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang pengumuman khusus berkenaan berita ini.

Pada tahun 2013, Supreme pernah menghasilkan hanya 20 utas Rolex Submariner (edisi rakan dan keluarga) dengan engraving Supreme di bahagian belakang. Ianya dikatakan dijual sekitar USD10,000 – USD12,000 dan khabarnya jam tangan dari koleksi khas ini kini bernilai sekitar USD50,000 (RM203,650+-)!

Selepas kejayaan kolaborasi dengan Louis Vuitton tahun lalu, tidak mustahil untuk kolaborasi Supreme x Rolex ini akan terjadi dalam masa terdekat. Seperti juga Louis Vuitton, Rolex juga perlu mencari pelanggan baharu dari golongan muda yang mempunyai purchasing power. Di sinilah Supreme dapat membantu Rolex dalam menghasilkan satu koleksi yang cukup hype dan dapat menarik minat golongan muda untuk membeli.

Laman streetwear terkenal Highsnobiety menghasilkan 5 konsep jam tangan yang mungkin akan dihasilkan dalam koleksi ini. Rekaan konsep ini hanya sekadar idea bagaimana rupa jam tangan yang mungkin dihasilkan Supreme dan Rolex untuk koleksi bersama mereka nanti.

Jika harga Rolex Submariner biasa pun sudah bernilai lebih kurang RM43,000, berapakah pula harga jam tangan Rolex x Supreme ini nanti? Yang pasti, akan ada collector dan resellers tegar yang sanggup melabur untuk koleksi ini.

supreme-rolex-collaboration-concepts-Explorer-II-01

Rolex ‘Explorer II’

supreme-rolex-collaboration-concepts-GMT-Master-II-01

Rolex ‘GMT Master II’

supreme-rolex-collaboration-concepts-President-01

Rolex ‘President’

supreme-rolex-collaboration-concepts-Sea-Dweller-01

Rolex ‘Sea Dweller’

supreme-rolex-collaboration-concepts-Submariner-01

Rolex ‘Submariner’

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤