Ilustrator Chad Manzo mempersembahkan tiga reka bentuk kasut Nike jika berkolaborasi dengan anime popular Dragon Ball Z. Sebelum ini, adidas tampil berkolaborasi menghasilkan koleksi adidas x Dragon Ball Z.

Tampil dengan tiga reka bentuk kasut Nike yang popular iaitu  ‘Goku’ Off-White x Air Jordan 1, ‘Frieza’ React Element 87 dan  ‘Cell’ ACRONYM x Nike Air Presto menggunakan warna yang diilhamkan Dragon Ball Z.

Bagi kasut Air Jordan yang bertemakan Goku, model ini tampil dengan warna biru, oren dan kuning manakala pada bahagian ‘midsole’ terdapat tulisan SAIYAN yang dipercayai sebagai penjenamaan Air. Bagi kasut ACRONYM Air Presto Mid yang bertemakan Cell, ia menggunakan warna ungu, hitam dan hijau.

Bagi model React Element 87 yang bertemakan Frieza, model ini menampilkan warna merah, ungu dan putih. Ketiga-tiga model kasut kelihatan lebih menarik berbanding koleksi adidas x Dragon Ball Z.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →