Mercedes-Benz telah memperkenalkan konsep idea terbaru, GLB 2019 untuk pengeluaran model seterusnya yang mempunyai konsep sama seperti GLA 2013. Konsep terbaru ini akan dihasilkan dengan roda 17-inci yang mengekalkan krom di bawah permukaan yang sesuai untuk pemanduan di jalan-jalan besar.

Konsep GLB 2019 ini akan dipenuhi dengan beberapa aspek kemewahan seperti pemacuan semua roda, pelbagaia lampu LED multibeam, enjin turbo empat silinder dengan 224 kuasa kuda dan tork puncak 350Nm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, SUV kompak Mercedes-Benz, GLB 2019 ini mempunyai tiga barisan tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga tujuh orang penumpang. Sudah pasti, barisan kerusi kedua dan ketiga pada SUV tersebut boleh digunakan untuk ruang penyimpanan tambahan atau untuk pengubahsuaian tempat duduk secara berlainan.

mercedes-benz

mercedes-benz  mercedes-benz

mercedes-benz

mercedes-benz

mercedes-benz

Untuk maklumat lengkap mengenai konsep terbaru SUV yang bakal dihasilkan, anda boleh layari laman rasmi Mercedes-Benz di sini.