Filem Spider-Man: Far From Home telah memberi hint bahawa akan wujudnya multiverse dalam dunia MCU nanti. Kemungkinan besar akan wujud pelbagai dimensi baharu di mana superhero Marvel akan wujud dalam pelbagai versi.

Bagaimana Marvel mahu bermain dengan dunia multiverse ini? Perkara ini akan pastinya akan diterangkan dalam Far From Home. Bagaimana sekiranya salah satu dimensi itu adalah dari salah satu empayar hebat dunia satu ketika dahulu?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang artis dari Indonesia, Is Yuniarto telah mengimaginasikan superhero Avengers jika mereka wujud ketika empayar Majapahit purba sekitar tahun 1293-1500 AD. Dapat dilihat wira terkenal Marvel seperti Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow dan ramai lagi telah diberikan sentuhan hebat oleh Yuniarto.

Setiap Watak juga mempunyai kisah serta nama Indonesia mereka yang tersendiri dan unik pada gambar mereka. Cool juga jika nama penuh Thanos adalah Tano Subakthaar.

Yuniarto bukan artis sebarangan di Indonesia. Buat pemain tegar Mobile Legends, anda pasti mengenali watak Gatotkaca. Yuniarto adalah artis yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan watak berkenaan.

Kami suka dengan rekaan homage Yuniarto untuk watak-watak Avengers ini. Seni memang tiada batasan dan setiap artis mempunyai interpretasi mereka yang tersendiri untuk setiap perkara. Anda boleh ikuti Yuniarto di sini dan karya-karya beliau sebelum ini juga sangat awesome. Beliau juga pernah membuat rekaan Captain Mavel ‘yang sebenar’ dalam versi wayang kulit. Shazam!