Kini MUJI melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan hotel di Ginza, Tokyo pada bulan April ini selepas membuka cawangan hotelnya di Shenzhen. Menariknya, hotel tersebut menampilkan ciri-ciri rekaan yang minimalis dan berkualiti tinggi serta tidak kelihatan mewah.

Hotel Ginza ini hadir dengan 79 bilik dimana ia terbahagi kepada 9 jenis bilik yang berlainan iaitu dari katil kembar atau dua dan ruang yang besar serta memiliki bilik bacaan dan lain-lain. Malah, perincian pada setiap sudut menggunakan kayu sebagai ciri utama menonjolkan budaya negara Jepun itu sendiri.

Ginza hotel:vc6

Ginza hotel:vc14

Ginza hotel:vc3

Untuk pengetahuan anda, bahan yang digunakan untuk perincian rekaan adalah menggunakan bahan yang dikitar semula dari bahagian kapal. Lebih menarik, terdapat ruang bacaan yang disediakan dalam bilik penginapan menjadikan ia satu kelainan. Ini membolehkan pengunjung untuk bersantai dan berehat dengan membaca buku yang tersedia.

Malah, produk MUJI juga digunakan pada setiap bilik dan anda akan dapat merasai sendiri kualiti produk MUJI itu sendiri. Selain itu, hotel MUJI ini juga akan menampilkan sebuah restoran, kedai makanan istimewa yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran dari Tokyo berhampiran dan Atelier MUJI Ginza serta termasuk dua galeri, salon, perpustakaan dan ruang istirahat.

Ginza hotel:vc22

Ginza hotel:vc21

Ginza hotel:vc20Bagi anda yang ingin bermalam di hotel ini, anda boleh membuat tempahan secara atas talian dimana ia tersedia pada 4 April 2019. Walaubagaimanapun, harga untuk penginapan satu malam tidak diketahui.

Jika anda bercadang untuk ke Jepun pada bulan April ini, mungkin anda boleh menginap di hotel ini dan merasai sendiri pengalaman bermalam di hotel ini.

Ginza hotel:vc12

Ginza hotel:vc4

Ginza hotel:vc13

Ginza hotel:vc17