Umum ketahui bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menawarkan bilik serendah RM100 untuk golongan bujang berpendapatan rendah yang menetap di ibu kota sebelum ini.

Pastinya ramai orang yang teruja dengan perkara ini. Difahamkan, bilik sewa tersebut atau dikenali sebagai ‘Perumahan Bandar’ yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dirasmikan secara rasmi pada 23 Oktober 2019 yang lalu.

Apa yang menarik minat ramai pihak adalah bukan sahaja harga sewanya murah iatu RM100 termasuk bil api dan air. Akan tetapi rekaan projek perumahan bandar tersebut cukup cantik dan selesa untuk penghuninya.

Dekorasi yang diketengahkan pada setiap ruang di perumahan bandar DBKL ini kelihatan ‘fresh’ dan moden. Pemilihan warnanya cukup trendy sesuai untuk mereka yang berjiwa muda.

72486789_2182014232091731_8690611477276524544_n

72887769_2182013932091761_1182201722592821248_n

72120157_2182013815425106_2972762275351363584_n

73311894_2182013678758453_8965389912777949184_n

72465873_2182013715425116_4339487604140408832_n

72698008_2182014538758367_2983305346321219584_n

71954596_2182013758758445_6276004202317611008_n

72530790_2182014492091705_2829986623150620672_n

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini lengkap dengan ruang legar, surau, tandas dan bilik mandi, ruang makan, dan macam-macam lagi.

Jika anda masih tercari-cari tempat penginapan dan bujang, anda mungkin boleh mencuba memohon untuk menyewa bilik di sini. Anda boleh menghantar permohonan secara atas talian.

Menarik dekorasi yang ditampilkan di perumahan bandar ini. Anda mungkin berminat lihat rekaan dekorasi yang mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk anda pada pautan di bawah. 

Lihat ‘Makeover’ Rumah Apartment Selangorku Dengan Rekaan Minimalis Dan Sentuhan Warna Hijau

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

Lihat Rekaan Dalaman Rumah Berkonsepkan Butik Mainan Di Pasir Ris Vue 8 Ini