Sejak pada tahun lalu, dapat dilihat semakin banyak ura-ura melibatkan kehadiran Sony PlayStation 5. Berita mengenai konsol terbaru Sony ini sekali lagi membuat orang ramai teruja setelah pihak Sony mengesahkan kehadiran PlayStation 5 pada penghujung tahun 2020 ini.

Pada kali ini, dapat dilihat rekaan Sony PlayStation 5 yang tertiris beserta DualShock 5. Rekaan yang diperlihatkan ini hadir dengan konsol berbentuk seakan huruf V beserta lubang pengudaraan yang besar.

Berdasarkan rekaan yang ditampilkan, para netizen seakan kurang selesa dengan rekaan Sony PlayStation 5 yang besar serta dilihat lari dari identiti konsol-konsol sebelum ini.

Walau bagaimanapun, difahamkan rekaan ini hanyalah sekadar devkit atau kerangka percubaan. Sony kemungkinan besar bakal memperkenalkan rekaan konsol yang lebih menarik dan moden untuk para pengguna sempena pelancaran Sony PlayStation 5 pada penghujung 2020 kelak.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi Sony PlayStation 5, anda boleh klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Sony Kongsikan Spesifikasi Bagi Konsol PlayStation 5

Sony PlayStation 5 Sah Akan Dilancarkan Penghujung 2020