Sebuah kafe terletak di New York ini pastinya menjadi pilihan buat anda yang ingin menikmati kopi dan meluangkan masa bersama rakan anda di sini. Kafe Sawada ini menjadi pilihan ramai orang berikutan dekorasinya yang mesra dan keenakan rasa kopinya.

Menariknya, rekaan yang dipamerkan pada kafe ini menonjolkan ciri-ciri yang bersifat mesra dimana ia menampilkan kayu dan besi. Malah, dekorasi kafe tersebut tersusun dan memiliki lukisan yang menarik perhatian. Pastinya kafe ini sesuai buat anda yang suka bergambar dan ingin menghabiskan masa bersama rakan-rakan.

Untuk pengetahuan anda, kafe Sawada ini adalah diilhamkan oleh Hiroshi Sawada. Beliau merupakan seorang barista dan master latte dari Jepun.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke kafe ini, ia dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang dan terletak di 33 Cortlandt Alley, New York, NY 10013. Jika anda ada dalam perancangan bercuti ke New York, anda boleh ke kafe tersebut menikmati kopi yang dibrew mereka dan melihat keindahan rekaan kafe itu.

sawada coffee shop:vckt2

sawada coffee shop:vckt3

sawada coffee shop:vckt4

sawada coffee shop:vckt5

sawada coffee shop:vckt6

sawada coffee shop:vckt7

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →