Boleh dikatakan McDonald’s merupakan antara restoran makanan segera yang menjadi kegemaran ramai orang seluruh dunia terutama sekali dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mesti ketika anda kanak-kanak, anda pernah teringin untuk berada di restoran McDonald’s bermain bersuka ria sambil menikmati hidangan enak dan tidak ingin pulang, bukan?

Bagaimana jika anda bawa rekaan konsep restoran McDonald’s ke dalam rumah anda? Terbaharu, FIF Singapore iaitu sebuah kedai perabot di Singapore telah berkongsi rekaan sebuah rumah yang ketengahkan konsep restoran McDonald’s di sebuah kediaman.

Menariknya, rekaan rumah tersebut kelihatan ‘fun’ dan pilihan warnanya mengingatkan kita terus akan restoran McDonald’s. Pada ruangan makan, rekaan yang dipilih seperti kotak BigMac dan tampil dengan senarai bahan-bahannya.

Apa kata anda lihat sendiri rekaan rumah bertemakan restoran McDonald’s ini, manalah tahu anda ingin buat juga di kediaman anda nanti. Ayuh!

ca99-2

1531

9e6b

1d6a

f316

Penggunaan warna dan konsep yang digunakan boleh dikatakan ‘eye-catching’. Semoga perkongsian ini dapat beri inspirasi buat anda untuk menghias rumah anda.

Anda inginkan dekorasi yang lebih menarik? Klik sahaja pautan di bawah ini.

Persis Gambar Pinterest, Lihat Transformasi Bilik Dengan Rekaan Scandinavian Bermodalkan RM5,000

Lama Terbiar, Lihat Bagaimana Rumah Kampung Ini Diubahsuai Dengan Rekaan Moden

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000