Rafael Miranti, syarikat arkitek dari Indonesia telah ditugaskan untuk mengubahsuai ruang santai yang sesuai untuk perjumpaan kawan-kawan dan keluarga. Dalam erti kata lain, gaya open space dan privasi antara yang diutamakan buat villa ini.

Menggabungkan rekaan landskap yang sudah menjadi trademark Bali, rumah ini sengaja dipadankan dengan keadaan sekeliling yang dibangunkan di lereng bukit. Bumbung rata dan kecerunan villa juga membolehkan anda melihat pemandangan ke laut dari bahagian atas rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda ke Bali bersama rakan atau keluarga, villa ini mungkin boleh menjadi pilihan untuk sekiranya privasi yang menjadi keutamaan anda. Agak jarang untuk kita melihat sebuah rumah digabungkan dengan elemen moden minamlis serta tropika secara serentak. Tahniah buat pasukan arkitek yang berjaya mengubahsuai rumah ini.

private-villa-ungasan-rafael-miranti-architects-1

private-villa-ungasan-rafael-miranti-architects-3

private-villa-ungasan-rafael-miranti-architects-4

private-villa-ungasan-rafael-miranti-architects-5