Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap tahun, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang paling yang paling ditunggu-tunggu oleh semua. Yang tinggal di desa tidak sabar pulang ke kampung. Yang di kampung tidak sabar menantikan kepulangan anak-anak kesayangan.

Namun, pandemik COVID-19 yang melanda negara tahun ini pastinya menjadi memori yang tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat Malaysia. Mana tidaknya, ini pertama kali dalam sejarah mereka yang di perantauan ‘dilarang’ untuk pulang ke kampung supaya dapat mencegah penularan COVID-19.

Menerusi video khas hari raya oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari beliau berkongsikan norma baharu yang rakyat perlu hadapi ketika ini. Walaupun terpisah jauh, dengan kecanggihan teknologi ia tidak mustahil untuk menyambut hari raya ini bersama keluarga tercinta.

Kami yakin, ramai yang seperti ini di pagi raya semalam. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jika ya bersyukurlah kerana masih dapat melihat wajah dan bersembang dengan mereka.

Bercakap tentang Selangor, pelbagai perkara yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dalam menjaga kebajikan warga Selangor yang terkesan dengan COVID-19. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rumusan Selangor Prihatin 2.0: Pakej Rangsangan Ekonomi Yang Bantu Semua Golongan

3 Keunikan Utama e-Kitchen Ramadan Di Selangor Sepanjang Bulan Puasa Ini

80,000 Penjaja Dan Peniaga Di Selangor Bakal Terima Bantuan RM500