FaceApp menjadi fenomena apabila boleh mengubah wajah seseorang kepada wajah berlainan jantina dan juga wajah bayi. Sejak semalam viral di media sosial gambar-gambar #agechallenge yang kini sedang trending di Twitter. Bukan sahaja popular dalam kalangan anak muda, #agechallenge juga berjaya menarik perhatian artis-artis Malaysia.

Ada yang berkongsi gambar tersebut dengan caption yang mencuit hati dan bersahaja tidak kurang juga ada dalam kalangan artis yang memuatnaik gambar rakan artis yang lain sehingga berjaya membuat peminat tidak kering gusi. Berikut kami kongsikan antara artis yang turut menyertai #agechallenge ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Shuib Sepahtu vs Zizan Razak

Peminat yang sudah lama mengikuti perkembangan dua artis ini sememangnya sudah cukup faham ‘gurauan’ yang menjadi pemanis persahabatan kedua-dua pelawak ini. Lihat sahaja aksi balas-membalas #agechallenge antara mereka berdua ini.

2. Aeril Zafrel

Siapa tidak kenal pelakon kacak Aeril Zafrel yang kerap memuat aktiviti harian bersama keluarganya yang membuat ramai peminat cukup respect pada pelakon ini. Aeril dan isterinya Wawa Zainal turut berkesempatan untuk menyahut cabaran ini.

3. Awal Ashaari

Awal mulanya memuatnaik #agechallenge dengan membuat perbandingan antara dirinya sendiri dan juga ayahnya yang sememangnya hampir sama. Terbaharu, Awal memuatnaik wajah isterinya yang juga merupaka seorang pelakon dan model, Scha Al-Yahya setelah ditransformasikan menjadi wajah tua dengan caption yang sangat mencuit hati.

4. Scha Al-Yahya

Membalas balik post Awal Ashaari, Scha turut memuatnaik gambar wajah suaminya yang ditransformkan. Rata-rata peminat memberi komen wajah Awal nampak seperti pelakon veteran dari negara China oleh kerana mata Awal yang kelihatan agak sepet. Tidak ketinggalan anak mereka, Lara Alana turut terlibat sama dalam challenge ini.

5. Andi Bernadee

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Satu Peluang’ dan ‘Donde’ ini sememangnya terkenal aktif berinteraksi dalam sosial media tidak ketinggalan menyahut cabaran ini. Caption Andi adalah yang paling win setakat ini.

https://www.instagram.com/p/B0AoSahHjeo/

6. Penyampai Radio HotFM

Barisan penyampai radio Hot FM juga tidak ketinggalan menyahut cabaran ini. Terbaharu menerusi akaun rasmi Hot FM, beberapa penyampai radio juga telah ditransformkan. Menerusi post yang sama, beberapa artis tempatan dan dari negara jiran turut dimuatnaik.

7. Mark Adam

Mark Adam pun boleh tahan kacak bila tua nanti. Agak lucu juga baca komen pada gambar ini.

Adakah anda juga sudah terjebak dalam trend yang sedang viral ini?