Pertandingan World Press Photo yang dianjurkan untuk kali ke-62 kali ini telah dipilih oleh juri dariĀ 78,801 gambar yang dihantar oleh 4,738 jurugambar dari seluruh dunia. Nama-nama pemenang telah diumumkan dalam 8 kategori iaitu Subjek Kontemporari, Maklumat Umum, Alam Sekitar, Alam, Projek Jangka Panjang, Potret, Berita dan Sukan.

Pemilihan gambar pada kali ini kebanyakkannya lebih kepada semangat kemanusiaan dan memiliki cerita tersendiri. Antaranya adalah gambar tempat perlindungan, krisis di Yemen dan banyak lagi.

Pemenang World Press Photo Of The Year dimenangi oleh jurugambar dari Amerika Syarikat, John Moore yang bertajuk ‘Crying Girl on the Border. Gambar berkenaan mengisahkan seorang budak perempuan berumur 2 tahun menangis ketika ibunya diperiksa dan ditahan oleh polis di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico.

Bagi anda yang ingin melihat gambar-gambar hebat dan menarik yang lain untuk anugerah ini, anda boleh lihat di sini. Berikut adalah gambar pemenang bagi setiap kategori yang ada.