Dengan kses internet yang pantas serta teknologi telefon pintar yang semakin hebat, YouTube ketika ini mudah untuk diakses di mana sahaja.

YouTube baru-baru ini mengeluarkan senarai telefon pintar yang terbaik untuk menonton YouTube. Senarai ini pastinya membuatkan pengguna iPhone terkesima.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

youtube 18

Menurut YouTube 18 model telefon pintar ini (Signature Devices) dapat memberi pengalaman terbaik untuk menonton youTube dengan menggabungkan teknologi, performance dan reliability setiap model ini untuk menonton video di YouTube.

Ini termasuklah dapat menonton video dengan Vivid HDR, 360° video dan memberikan kadar loading terbaik walaupun di dalam keadaan bandwidth kurang.

Nampaknya tiada satu model iPhone pun tersenarai dalam senarai Signature Devices oleh YouTube ini. Antara sebabnya adalah iPhone tidak menyokong video codec VP9 oleh Google. Masa untuk melangkah ke model lain?