Sebelum ini, trailer rasmi filem perang epik 1917 telah dikongsikan oleh pihak Universal Pictures. Melalui trailer tersebut, kita dapat lihat bagaimana dua orang askar menjalankan misi untuk menyampaikan mesej kepada askar-askar lain agar mereka selamat.

Malah setiap babak dapat dilihat agak ‘smooth’ dan kelihatan ‘real’ serta dapat menonjolkan setiap karakter. Terbaharu, Universal Pictures telah berkongsi teknik penggambaran yang dilakukan oleh pihak produksi.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Difahamkan bahawa Sam Mendes menggunakan single shot dimana kamera memfokuskan kepada karakter. Untuk pengetahuan anda, apabila menggunakan teknik ini, ianya bukan mudah kerana kena berterusan untuk melakukan ia tanpa ada silap.

Selain itu, filem ini sebenarnya dirakamkan di luar studio dan menyukarkan team produksi untuk lakukan penggambaran kerana perlu menunggu masa yang sesuai serta continuity setiap babak itu sempurna.

Mana tidaknya, arah angin dan cahaya matahari juga memainkan peranan yang penting dalam setiap babak kerana setiap babak memiliki waktu-waktu tertentu. Jika arah cahaya matahari atau bayang tidak sama, pastinya akan menganggu shot  dalam filem.

Jangan risau, filem ini pastinya akan ‘sempurna’ dengan arahan daripada Sam Mendes dan jalan cerita filem ini adalah sebuah kisah benar. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Januari 2020.

Belum tonton trailer filem ini? Klik pautan di bawah untuk tonton trailer filem perang epik ini. 

Tonton Trailer Epik 1917 Berkisarkan Perang Dunia Pertama

Lihat Steve Trevor Kekal ‘Hidup’ Dalam Trailer Pertama Wonder Women 1984

Tonton Teaser Trailer A Quiet Place 2 Yang Mendebarkan

Anda Mungkin Suka