Umum tahu, Malaysia tidak mempunyai hubungan yang baik bersama negara Israel. Negara yang dikuasai oleh Zionis beserta kekejaman yang dibuat terhadap Palestin membuatkan rakyat Malaysia kurang senang dengan Israel.

Ketegangan antara Malaysia dan Israel menjadi lebih serius apabila Israel memilih untuk melancarkan serangan ke Gaza sekitar Mei lalu di mana rakyat Malaysia bersatu tenaga melancarkan perang siber ke atas negara Israel sehingga membuatkan warga Israel sentap dengan kecaman yang diterima.

Terbaharu, seorang aktivis Israel seolah mahu ‘berperang’ dengan netizen Malaysia apabila bangga serta memperlekeh Malaysia selepas Israel berjaya meraih satu pingat gangsa menerusi sukan taekwondo wanita bawah 49kg di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lebih ironi, perbandingan dibuat hanya selepas satu hari Sukan Olimpik 2020 berlangsung.

Perbandingan secara terus terhadap Malaysia seolah membuktikan pihak mereka kurang senang dengan serangan yang diterima daripada netizen Malaysia sebelum ini.

Tweet yang dibuat nyata menarik perhatian rakyat Malaysia berbanding warga Israel sendiri. Berikut merupakan respon netizen tempatan mengenai tweet daripada aktivis Israel ini.

https://twitter.com/nratkk/status/1419124402080280579

Sebagai perbandingan, terdapat netizen yang kongsikan keputusan akhir Sukan Olimpik Rio 2016 di mana Malaysia berada di tempat ke-60 manakala Israel di tempat ke-77. Perkongsian yang dibuat aktivis Israel berkenaan seolah ingin meningkatkan lagi kebencian rakyat Malaysia terhadap mereka.

Sebelum ini, netizen Malaysia pernah membuatkan perkataan ‘koyak’ trending sehingga mendapat perhatian media Israel dan disenaraikan di Urban Dictionary. Kumpulan hacker di Malaysia juga tidak kurang hebatnya selepas berjaya menggodam sistem pengkalan data Israel.

Dikongsikan juga seorang aktivis Israel yang koyak selepas dikecam netizen dari Malaysia.Β 

‘To My Friends In Malaysia’ – Aktivis Israel Ini ‘Koyak’ Dikecam Netizen Malaysia

Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel

Dipopularkan Netizen Malaysia, Perkataan ‘Koyak’ Berjaya Tersenarai Dalam Urban Dictionary