Sofyank merupakan salah satu bakat muda di Malaysia yang berjaya berkolaborasi dengan beberapa artis antarabangsa terkenal seperti Will Smith dan John Cena. Terbaharu, beliau telah berkerjasama dengan pelakon Kanada-Amerika tersohor, Ryan Reynolds yang memegang watak utama dalam filem Deadpool.

Pada video kolaborasi kali ini, mereka berdua bersama-sama mempromosikan filem terbaharu Ryan Reynolds, ‘The Adam Project’ yang ditayangkan eksklusif hanya pada platform Netflix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di awal video promosi yang dikongsikan, Sofyank menyatakan beliau mengambil masa empat minit untuk berbincang serta shooting bersama pelakon popular itu dan memerlukan satu bulan untuk menyiapkan video kolaborasi mereka.

Paling menarik sekali, Sofyank melakukan ‘penggambaran’ bersama Ryan Reynolds hanya melalui aplikasi ‘Zoom’ sahaja. Beliau menunjukkan jalan cerita dan memberikan arahan kepada pelakon itu apa perlu dibuat, seterusnya pasukan Ryan akan menghantar video kepada Sofyank untuk beliau sunting dan menggabungkan kedua-dua video mereka.

“Hello Sofyank, awak apa khabar?” ucap Ryan membuka perbualan.

“Hi, saya baik-baik sahaja. Minta maaf kerana saya sangat gementar sekarang,” balas Sofyank yang pertama kali bercakap dengan pelakon tersohor itu.

“Jangan gementar, semuanya akan berjalan lancar,” ujar Ryan untuk menenangkan Sofyank.

Dalam satu hantaran Instagram Ryan Reynolds, ‘The Adam Project’ telah memecah rekod sebagai filem keempat yang paling banyak ditonton dalam sejarah Neflix dengan jumlah tontonan sebanyak 233.15 juta jam.

‘The Adam Project’ mengisarkan juruterbang pejuang pengembaraan masa, Adam Reed dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang bekerjasama dengan dirinya yang berusia 12 tahun dalam misi menyelamatkan masa depan.

Filem Netflix itu turut dibintangi oleh pelakon ‘The Hulk’, Mark Ruffalo dan penerima Anugerah ‘Hasty Pudding Theatrical 2022’, Jennifer Garner.

Anda boleh tonton rakaman bagaimana Sofyank melakukan ‘penggambaran’ bersama Ryan Reynolds secara online sahaja melalui video YouTube yang kami kongsikan di bawah.

Sebelum ini Sofyank telah berbual dengan John Cena dalam Bahasa Melayu dan ‘membuat hal’ apabila menyeru klonnya sendiri di hadapan Will Smith. Anda boleh tonton kedua-dua video tersebut melalui pautan di bawah.

Tonton John Cena Berbahasa Melayu Dalam Video Terbaharu Sofyank

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Sumber