Akhirnya Warner Bros telah berkongsi trailer rasmi Wonder Women 1984 dan peminat karakter Wonder Women pasti akan berasa teruja.

Bagi anda yang tidak tahu, filem ini merupakan filem sekuel Wonder Women yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2017. Melalui trailer tersebut, dapat dilihat Wonder Women berdepan dengan Soviet Union dan juga penjahat iaitu Cheetah.

Lebih mengujakan apabila karakter Steve Trevor turut kembali kerana pada filem sebelum ini, Steve Trevor kelihatan sudah mati. Tidak banyak boleh dikatakan, tetapi kami sudah rasa ‘hype’ filem ini.

Pastinya filem ini akan akan tampil dengan aksi dan penuh dengan emosi. Difahamkan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 5 Jun 2020 dan tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam.

Di Malaysia kini, filem Ejen Ali masih hangat ditayangkan di pawagam. Malah, babak adegam Mamak Maju menjadi buah mulut netizen. Klik pautan di bawah untuk melihatnya. 

Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie

‘Fun’ Dan Penuh Aksi, Ejen Ali: The Movie Animasi Tempatan Terbaik Tahun Ini

Baru Sehari Ditayangkan Di Pawagam, Ejen Ali: The Movie Raih RM1.86 Juta Kutipan