Jenama BlackBerry mungkin tidak lagi popular berbanding sedekad yang lalu. Gagal mengikuti teknologi dan kehendak pengguna antara yang membuatkan jenama ini ketinggalan berbanding jenama-jenama telefon pintar.

Terbaharu, siapa sangka jenama yang sebelum ini memfokuskan kepada telefon pintar sudah mula beralih kepada industri automotif dengan kerjasama bersama Damon Motorcycles dalam menghasilkan superbike elektrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

maxresdefault

damon-motorcycles-hypersport-pro-3-1920×1289

Langkah yang dipilih BlackBerry ini ternyata sebuah pilihan yang tidak dijangka ramai melihatkan jenama-jenama telefon pintar seperti Apple, Samsung dan Sony semuanya fokus dalam membangunkan kepada teknologi kereta elektrik.

Menerusi model Hypersport Pro Electric Superbike, BlackBerry berjaya menyertakan sistem operasi QNX Blackberry sebagai sistem yang berfungsi sebagai CoPilot. Penawaran radar, kamera dan sensor khas untuk mengesan objek sekaligus memberikan pengalaman yang berbeza buat para pengguna.

blackberry-daman-hypersport-motorcycle-1
Sumber: Wheelinmanila

Di sebalik teknologi yang ditawarkan, pihak Damon dan Blackberry nampaknya tidak mengongsikan spesifikasi enjin dan kelajuan model terbaru mereka ini kepada umum. Difahamkan model ini bakal mula ditawarkan tidak lama lagi dalam jumlah yang terhad.

Buat peminat filem Back to the Future, model kereta DeLorean kini sedia untuk dijual di Sarawak dengan harga RM198,000. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Batal Hasrat Guna Vellfire, Kerajaan Pilih Untuk Kekalkan Penggunaan Proton Perdana

Sumber