Pagi tadi Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq sempat memeriahkan konti Malaysia Hari Ini. Syed Saddiq menekankan betapa pentingnya pengucapan awam dan debat kepada belia dalam melahirkan belia yang lebih berkualiti.

Selain itu, salah satu aktiviti yang dijalankan bersama secara live adalah sesi debat khas bersama adik Hasya Atiyah Khairuddin. Hasya Atiyah Khairuddin adalah salah seorang daripada pasukan debat Sekolah Seri Puteri dan menerusi sesi live ini, mereka berdebat untuk isu ‘Had umur mengundi 18 tahun’.

Mengejutkan Syed Saddiq adalah jawapan yang diberi adik Hasya ketika membahas isu yang dibangkitkan. Jawapan daripada adik Hasya sangat padu sehinggakan Syed Saddiq hanya mampu tersenyum.

Lebih hebat adik Hasya menjawab debat ini dalam bahasa Inggeris dengan sangat lancar. Syed Saddiq memandang perkara ini sebagai sesuatu yang positif kerana bagi beliau, beliau mahu membudayakan debat supaya anak muda akan lebih berani menyuarakan pendapat mereka di masa akan datang.

Tahniah kepada adik Hasya. Walaupun lawan debat anda adalah seorang menteri, adik Hasya selamba sahaja ‘tembak’ dengan hujah-hujah yang bernas dan matang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group