Baru-baru ini team OHBULAN! telah menjalankan satu kerja amal bertempat di Rumah Amal Baitul Fitrah Kundang Rawang Selangor. Kami terpanggil untuk membantu mereka dalam membuat persiapan hari raya.

Alhamdulillah persiapan aidilfitri yang dirancang berjalan dengan lancar, namun ada kisah pahit manis tersimpan disebalik wajah-wajah penghuni Baitul Fitrah. Nak tahu apa yang pahit dan apa yang manisnya tu, saksikan video di bawah ini.

Siapa sangka di sebalik wajah ceria anak-anak ini tersimpan seribu satu cerita perit yang hanya diketahui oleh Ummu Liza. Namun kehadiran Team OHBULAN! dapat memberi sedikit kegembiraan pada mereka di Baitul Fitrah.

Bantuan Ikhlas bukan duit semata-mata, tetapi

OHB 1
Anak-anak yatim bersama team OHBULAN! menyiapkan kad hari raya
OHB 2
Team CSR OHBULAN! Sebelum memulakan tugas
OHB 3
Team Deko Bahagian Luar Rumah
OHB 4
Team Goodies dan deco dalaman rumah
OHB 5
Team CSR sedang mengemas bahagian dapur
ohb 6
Wakil team OHBULAN sedang mengajar salah seorang anak yatim menganyam ketupat
ohb 7
Team CSR mengemas kawasan halaman rumah
ohb 8
Team CSR sedang memasang lampu hiasan untuk rumah Baitul Fitrah
ohb 9
Team CSR sedang mengemas kawasan dalam rumah
ohb 10
Team OHBULAN! sedang membantu membuat biskut raya untuk rumah Baitul Fitrah
ohb 11
Team CSR sedang bertungkus lumus menyiapkan ketupat
ohb 12
Team OHBULAN! sedang melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak yatim
ohb 16
Team CSR sedang menantikan jamuan hari raya

Kisah Ummu yang kami lihat menerusi video Maybank MYStories membuatkan team OHBULAN! rasa hendak share momen menyambut hari raya bersama anak-anak yatim ini.

Apa yang membuatkan kami sedar bantuan bukan hanya berbentuk wang ringit tapi dari sudut masa bersama, tenaga, senyuman, dan gelak tawa bersama sebenarnya sudah cukup bermakna buat anak-anak ini.

MaybankHeart buka pintu harapan buat yang memerlukan

OHB final

Anda mahu kenal lebih rapat dengan insan-insan yang memerlukan? Salurkan bantuan seikhlas yang mampu melalui MaybankHeart.

Selain kisah Ummu dan juga anak-anak Baitul Fitrah ni, ada beberapa kisah lain yang boleh anda dengar dan anda boleh salurkan bantuan atau boleh sahaja lakukan aktiviti bersama mereka macam team OHBULAN ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MaybankHeart, anda boleh sahaja singgah ke laman sesawang mereka di www.maybankheart.com

P/S: kalau kita nak bantu orang lain bukan hanya bulan Ramadan, sebaliknya kita perlu sentiasa bantu mereka yang memerlukan.