Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba, Paramount Pictures telah berkongsi teaser A Quiet Place 2 dan pastinya anda akan merasakan debaran dengan hanya menonton teaser ini.

Bagi anda yang menonton filem A Quiet Place sebelum ini pasti ingat bagaimana sebuah keluarga cuba menyelamatkan diri daripada makhluk tidak diketahui. Akan tetapi, ketika pada akhir filem tersebut mereka telah temui cara untuk berhadapan dengan mahkluk tersebut.

Melalui video yang berdurasi 30 saat tersebut, dapat dilihat mereka sedang berjalan di jalan yang ada pasir dan bersenjata. Adakah mereka dapat menyelamatkan diri daripada makhluk itu?

Sama-sama kita nantikan. Difahamkan trailer rasmi akan dikongsikan pada tahun baharu. Tonton dahulu teaser ini sementara menantikan ia ditayangkan pada Mac 2020.

Terdapat banyak filem menarik yang bakal ditayangkan tahun depan. Apa kata lihat dahulu trailer filem-filem tersebut dengan klik pautan di bawah.

Marvel Studios Secara Mengejut Kongsi Trailer ‘Teaser’ Khas Black Widow

Lihat Steve Trevor Kekal ‘Hidup’ Dalam Trailer Pertama Wonder Women 1984

Warner Bros. Akhirnya Umum Tarikh Tayangan Filem The Flash

Anda Mungkin Suka