Sekiranya anda mengikuti perkembangan siri telefon pintar Google Pixel, pastinya anda cukup tahu dimana syarikat ini sangat gemar mengeluarkan telefon pintar yang dengan gaya yang fancy disamping mengutamakan fungsi yang praktikal.

Jika sebelum ini Google Pixel hadir dengan nama-nama warna yang fancy bagi Google Pixel 2, syarikat ini pada kali ini hadir dengan sesuatu yang berbeza buat mereka yang membuat tempahan awal di UK.

Menerusi keluaran Google Pixel 4 XL pada kali ini, penempah terawal bakal menerima sebuah kotak bijirin beserta Pixel 4 di dalamnya. Menariknya, warna kotak dan bijirin yang disertakan sememangnya sinonim dengan Google. Berikut merupakan apa yang dikongsikan pembeli terawal di negara tersebut.

EHiZ0pbU4AAVj56

EHiZ0pcUwAAA4GZ

EHicq9AUcAA6JDq

Selain itu, Google Pixel 4 XL turut hadir dengan kotak pizza daripada Domino’s Pizza. Penyediaan lubang khas membolehkan pengguna meletak Google Pixel 4 XL mereka pada kotak berkenaan. Cool bukan?

Difahamkan Google Pixel 4 dan 4 XL tidak akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Dalam erti kata lain anda perlu mendapatkannya daripada pihak ketiga. Kami kongsikan kepada artikel berkaitan model terbaru daripada Google ini sebelum anda mendapatkannya.

Google Pixel 4 Dan 4 XL Dilancarkan Secara Rasmi Sebulan Selepas Tertiris

Google Pixel 4 XL Sudah Mula Dijual Di Malaysia Sebelum Pelancaran Rasmi