Sekarang ada satu rancangan realiti yang menarik di US yang dinamakan Lip Sync Battle. Dalam rancangan ini selebriti akan bersaing sesama sendiri menyanyikan lagu lagu popular secara lip sync. Lip Sync Battle ini asalnya diilhamkan oleh Jimmy Fallon dalam rancangan bual bicaranya.

Video klip battle antara Dwayne “The Rock” Johnson dan Jimmy Fallon sendiri telah menjadi viral. Dalam klip tersebut The Rock menggunakan karismanya secukup cukupnya untuk mempersembahkan lagu Taylor Swift “Shake It Off” dengan begitu mantap. Anda boleh lihat hos rancangan, LL Cool J, turut sama terhibur di belakang.

Jimmy Fallon membawakan lagu Madonna “Like a Prayer” tapi belum cukup untuk menandingi lip sync The Rock dan video di bawah anda akan lihat kenapa.

Kemaskini: Pemilik video ini tidak membenarnya tanyangan luar US. Namun anda masih boleh menonton di sini http://www.wimp.com/rock-swift/

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group