Bagi anda yang ingin bercuti ke Melaka tetapi masih tercari-cari homestay yang menarik untuk bermalam, anda boleh bermalam di Tinyscale. Konsep homestay Tinyscale ini dilihat sangat menarik dan boleh dikatakan sangat berbaloi bagi anda yang suka mengambil gambar.

Homestay ini terletak di Duyong Melaka dimana lokasinya yang strategik ditengah-tengah bandar Melaka membolehkan anda untuk ke tempat-tempat tarikan pelancong di Melaka. Anda hanya memerlukan 15 minit untuk ke Bandar Hilir, Dataran Pahlawan, Jonker Walk, Zoo Melaka, Taman Buaya dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_20190111_203809-01~2-min

IMG_20190111_203517-01-min

IMG_20181221_184101-01-min

Terdapat 3 bilik tidur beserta penghawa dingin dimana boleh memuatkan antara 6 hingga 8 orang di homestay ini. Malah, homestay ini dilengkapi dengan kelengkapan dapur dimana akan memudahkan anda yang suka memasak ketika bercuti dan kelengkapan mandian juga disediakan

Dekorasi homestay ini yang sangat kemas pastinya akan menjadi pilihan bagi anda yang suka suasana dalam rumah tidak sesak dengan perabot. Bagi anda yang bercuti bersama rakan-rakan, pastinya anda akan bergambar bersama rakan-rakan disetiap sudut rumah untuk dimuat naik di laman sosial anda berikutan dekorasi yang sangat cantik dan selesa.

IMG_20181217_172722-02-min

IMG_20190111_202713-01-min

IMG_20190111_203350-01-min

Bagi anda yang ingin bermalam di homestay ini, harga untuk homestay ini adalah RM300 untuk hari biasa dan RM350 pada hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum. Manakala jika anda ingin bermalam selama 3 hari 2 malam, harga yang anda perlu bayar hanyalah RM550 pada hari biasa dan RM650 pada hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum.

Jika anda merancang bercuti ke Melaka, anda boleh memilih homestay Tinyscale ini sebagai tempat penginapan anda dan bagi saya, jika saya bermalam disini bersama rakan-rakan, pastinya saya tidak akan keluar berjalan-jalan kerana boleh mengadakan aktiviti bersama rakan-rakan di sini untuk mengabdikan memori.

IMG_20181221_185752-02-min

IMG_20181221_182537-01-min

IMG_20181221_190839-02-min