Taufan Hagibis merupakan taufan paling besar dan amat kuat telah melanda Jepun. Untuk pengetahuan anda, Taufan Hagibis membawa hujan lebat dan angin kencang membadai kawasan Tokyo, Shizuoka dan bahagian utara Jepun, Chiba.

Oleh itu, arahan pemindahan telah dikeluarkan dan menyebabkan gangguan kepada sistem pengangkutan dan gangguan bekalan elektrik. Perkhidmatan pengangkutan utama di Tokyo terjejas apabila jadual penerbangan dan perjalanan kereta api dibatalkan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/_Chestboy_/status/1182889476223193089

Tokyo merupakan bandar utama di Jepun. Bandar yang kebiasaanya sibuk dan sesak dengan orang kini sunyi sepi. Melalui perkongsian beberapa netizen di Twitter, kita dapat lihat di stesen keretapi, jalanraya dan banyak lagi tiada kelibat manusia.

Kebanyakan rakyat Jepun hanya tinggal dalam rumah dan menjadikan bandar Tokyo kelihatan kosong dan tidak berpenghuni.

Pastinya apabila berlakunya bencana alam akan membuatkan kita berasa takut dan mengambil langkah berjaga-jaga. Difahamkan tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Jepun.

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel berkaitan dengan penempatan bencana alam di Jepun. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Penempatan Mangsa Bencana Alam Ini Boleh Dijadikan Inspirasi Untuk Membantu Pasca Banjir 2014

Tragedi Nuklear Menjadikan Fukushima Bandar Hantu Di Jepun

Gempa Bumi Kuat Di Fukushima, Kereta Api Laju ‘Shinkansen’ Dihentikan Operasi

Sumber