Satu buah tangan untuk anda yang ingin melihat karya daripada penerbit filem pecah-panggung ‘More Than Blue’ dan diadaptasikan dari penjualan novel terlaris oleh FourOne, ‘Do You Love Me As I Love You’ akan menemui anda pada 10 September 2020.

Menerusi trailer ini, Tian Xiaoxiang memiliki perasaan pada kawan masa kecilnya, Li Zhuhao tetapi terpaksa tolak tepi perasaannya. Li Zhuhao telah meluahkan perasaan kepada kawannya, Song Yijing secara terbuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tian Xiaoxiang bersetuju untuk membantu Li Zhuhao memikat Song Yijing. Pernahkan anda ada ‘crush’ terhadap seseorang tetapi terpaksa membantu mereka dapatkan orang yang mereka cintai? Adakah cinta pertama Tian Xiaoxiang akan berakhir seperti ini atau sebaliknya? Sama-samalah kita saksikan di pawagam hari ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa trailer filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi pada pautan di bawah ini.

Lihat Pertarungan Epik Daniel Craig Dan Rami Malek Dalam Trailer Rasmi ‘No Time To Die’

Tonton Aksi Robert Pattinson Dalam Trailer Rasmi Pertama The Batman