Pastinya ramai daripada anda yang sudah lama tidak menonton filem di pawagam kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Buat anda peminat Keanu Reeve, pasti anda teruja untuk menyaksikan penggembaraan beliau dalam filem Bill & Ted Face The Music yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Anda akan dapat lihat watak Keanu Reeve yang bersahaja dan berbeza dalam filem ini.

Filem Bill & Ted Face The Music ini mengisahkan tentang dua sahabat baik yang merentas masa untuk memberi amaran kepada generasi masa depan bahawa hanya lagu mereka mampu untuk menyelamatkan dunia dan membawa kedamaian.

Adakah anda rasa mereka mampu untuk menyelesaikan misi tersebut? Jangan lupa untuk lihat penggembaraan mereka yang pasti menghiburkan anda. Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam pada 28 Ogos 2020. Ayuh!

Tahukah anda bahawa filem tempatan, Geran telah menempa nama di New York? Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Geran, Filem yang ‘Gagal’ Di Malaysia Tetapi Dipandang Tinggi Oleh Mat Salleh

Kemunculan Pelakon Malaysia Dalam Filem Sekuel ‘Train To Busan’ Buat Netizen Teruja