Versi reboot filem seram Child’s Play akan berada di pawagam bulan Jun 2019. Dan berdasarkan trailer rasmi pertama untuk filem ini, Chucky nampaknya sedikit berbeza daripada Chucky versi yang asal.

Kemungkinan besar, Chucky versi 2019 adalah sebuah robot dengan Artificial Intelligence (AI) dan bukan patung yang ‘dirasuk’ seperti filem Child’s Play sebelum ini. Versi Chucky terbaru ini nampak lebih tepat dengan masyarakat moden ketika ini yang terlalu berharap dengan teknologi terutamanya teknologi AI.

our_business_resize
HYPE
TNB Fokus Bantu 7.6 Juta Pelanggan Dengan Bantuan Prihatin Elektrik
Baca lagi →

Paling menarik, pihak penerbit Child’s Play turut menghasilkan sebuah laman web khas untuk Chucky iaitu bestbuddi.com di mana anda boleh melihat sendiri features yang ada pada robot canggih ini. Adakah filem ini akan berjaya seperti ‘It’? Kita tunggu dan lihat.

Anda Mungkin Suka