Spy paling handal di dunia bukannya James Bond tetapi Johnny English. Beliau kembali dengan misi serba baharu. Rangkaian agen rahsia organisasi Johnny English telah digodam dan tiada agen yang lebih ‘layak’ selain Johnny untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Terus terang memang rasa geram saja dengan setiap perbuatan Johnny English. Dia rasa dia sahaja yang betul. Sama saja perangai seperti Chef Rendang Crispy. Tiada tarikh rasmi untuk filem ini tetapi akan berada di pawagam tahun ini. Go Johnny!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤