Akhirnya Sony Pictures Entertainment telah berkongsi trailer rasmi terakhir filem Jumanji: The Next Level. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam.

Menerusi trailer ini, kita dapat lihat permainan video Jumanji ini jauh lebih mencabar daripada dalam Jumanji: Welcome to the Jungle. Ini kerana permainan video yang telah dimusnahkan sebelum ini telah dibetulkan dan dinaik taraf.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, dalam trailer juga kita dapat lihat bagaimana watak jahat akan berusaha untuk membuatkan mereka tidak meninggalkan permainan dan mati di sana. Jika anda belum menonton Jumanji: Welcome to the Jungle, adalah dinasihatkan anda menonton dahulu sebelum menonton filem ini.

Adakah mereka mampu menyelesaikan kesemua misi yang mencabar dan mampu untuk keluar daripada permainan tersebut? Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam. Apa kata tonton dahulu trailer ini sebelum ia ditayangkan pada 13 Disember 2019 ini.

Tidak tahu ingin menonton filem apa di pawagam? Baca review filem yang berada di pawagam sekarang dengan klik pautan di bawah.

The Addams Family, Filem Seram Komedi Yang Anda Patut Tonton

Joaquin Pheonix Menyinar Dalam Karya Epik Dan ‘Dark’ Joker